Quantcast
Channel: Hanis Azla@Blog
Viewing all articles
Browse latest Browse all 115

Terima Kasih 2019. Selamat Datang 2020.

$
0
0
Assalamualaikum..

Bismillahirahmanirrahim. Alhamdulillah.. Hari ini merupakan hari terakhir untuk tahun  2019. Syukur. Terima kasih ALLAH kerana merezekikan kami untuk terus bernafas sehingga ke tarikh hari ini 31/12/2019. Semoga kita semua akan terus direzekikan dengan kesihatan yang baik, umur yang berkat, iman yang mantap, hati yang bersih, akhlak yang mulia, rezeki yang melimpah ruah, amalan yang diterima, istiqamah dalam perkara kebaikan, keluarga yang bahagia, rumahtangga yang harmoni, anak-anak soleh-solehan yang cemerlang dunia akhirat serta kebahagiaan yang berpanjangan untuk kita semua di dunia dan di akhirat untuk hari, bulan dan tahun yang mendatang.. in shaa ALLAH. Aamiin Ya Mujib.

Sebenarnya.. panjang tulisan yang aku tulis untuk entry terakhir 2019. Tapi aku pilih untuk membiarkan entry itu hanya untuk diriku sahaja. Cukuplah aku  mengucapkan jutaan terima kasih untuk tahun 2019 ini. Mohon maaf atas segala khilafku. Sungguh, selama 43 tahun hidupku, tahun 2019 merupakan guru terbaik untukku. Aku belajar reda dan sabar juga belajar melihat hikmah dengan mata hati dari ujian yang aku terima di tahun 2019. Syukur Alhamdulillah.. Ujian tanda ALLAH sayang. Hikmah di sebalik setiap ujian sangat indah nikmatnya. Tiada apa yang berlaku tanpa izin dari ALLAH. Selain hanya beruntung atas ujiannya, tiada langsung kerugian. ALLAHU.. ALLAH Maha Penyayang dan Maha Pengasih. Aku bersyukur Ya ALLAH. Manusia hanya mampu merancang dengan cita-cita. ALLAH merancang dengan CintaNYA. Pastinya rancangan ALLAH adalah yang terbaik buatku. Tiada apa yang perlu aku gusarkan. Maha Suci ALLAH. Aku mencintaiMU Ya ALLAH.

YA ALLAH YA Khayyu Ya Khayyum
Ya ALLAH.. Dengan RahmatMU aku mohon pertolongan
Perbaikilah seluruh urusan hidupku
Janganlah KAU serahkan diriku kepadaku walaupun sekelip mata

YA ALLAH..
Aku serahkan seluruh hidupku kepadaMU
Sesungguhnya ENGKAU YA ALLAH Maha Melihat akan setiap hambaNYA

2020 is my year.. In shaa ALLAH
Thank you so much 2019. Welcome 2020.

Salam hormat untuk semua. In shaa ALLAH.. semoga rahmat dan kasih sayang ALLAH akan sentiasa ada buat kita semua. Fi Amanillah.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 115

Trending Articles


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


Maganda Quotes – tagalog Quotes – Inggit Quotes


Girasoles para colorear


Presence Quotes – Positive Quotes


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


INUMAN QUOTES


RE: Mutton Pies (frankie241)


Hato lada ym dei namar ka jingpyrshah jong U JJM Nichols Roy (Bah Joy) ngin...


EASY COME, EASY GO


UPDATE SC IDOL: TWO BECOME ONE


FORTUITOUS EVENT


Pokemon para colorear


Sapos para colorear


Smile Quotes


Love with Heart Breaking Quotes


Re:Mutton Pies (lleechef)


Ka longiing longsem kaba skhem bad kaba khlain ka pynlong kein ia ka...


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.


KASAMBAHAY BILL IN THE HOUSE